TAKRIF PELBAGAI BAHASA ISYARAT
BIM (Bahasa Isyarat Malaysia - Malaysian Sign Language)
BIM ialah bahasa yang tulen bagi Orang Pekak Malaysia. BIM juga merupakan bahasa ibunda dan bahasa istimewa bagi Orang Pekak Malaysia. BIM digunakan dan diterima oleh Orang Pekak Malaysia secara meluas. Dengan menggunakan BIM, Orang Pekak mampu berbincang pelbagai isu-isu yang timbul, bergurau-senda, memudahkan komunikasi antara dua Orang Pekak serta memberi kesan pemahaman yang baik kepada antara satu yang lain. Selain itu, BIM ini juga mempunyai peraturan untuk digunakan dan tatabahasa tersendiri. BIM ini diwujudkan secara tidak langsung dan bukan dicipta oleh seorang sahaja.
KTBM (Kod Tangan Bahasa Melayu)
KTBM ini bukan sesuatu bahasa umum tetapi merupakan salah satu cara komunikasi dalam tatabahasa Bahasa Melayu yang baku. Dengan kata lain, KTBM digunakan apabila berlakunya terjemah daripada lisan (suara) kepada visual (tangan) dalam tatabahasa Bahasa Melayu. KTBM ini tidak memberi kesan yang baik dan melambatkan lagi komunikasi antara dua Orang Pekak. Bukan sahaja KTBM tidak dapat memberi gambaran dan maksud kepada Orang Pekak, tetapi juga menyebabkan Orang Pekak tidak dapat menguasai Bahasa Melayu dengan baik. Apabila KTBM digunakan, kebanyakan Orang Pekak mengalami kekeliruan apabila berkomunikasi dalam KTBM.
ASL (American Sign Language - Bahasa Isyarat Amerika)
ASL ialah bahasa yang tulen bagi Orang Pekak Amerika. ASL merupakan bahasa tersendiri di Amerika. ASL digunakan secara umum oleh Orang Pekak Amerika. Sesungguhpun, setengah-tengah isyarat yang dilihat di Malaysia mempunyai persamaan dengan isyarat digunakan Amerika, itu tidak bermaksud kita menggunakan ASL tetapi menggunakan isyarat sahaja. Dengan kata yang lain, cara Orang Pekak Malaysia menggunakan isyarat tidak sama dengan cara Orang Pekak Amerika. Cara Orang Pekak menggunakan isyarat itu sebenarnya ialah BIM dan bukan ASL.
Jika dulu, mungkin dianggap sebagai ASL. Tetapi waktu didedahkan ASL sudah lama berlalu dan ASL di Amerika sekarang sudah mengalami perubahan dalam penggunaan dan tatabahasa ASL serta pertambahan perbendaharaan yang baru. Jadi, kita sudah ketinggalan jauh, maka ASL yang digunakan oleh Orang Pekak Malaysia pada masa dulu sudah kehilangan ketulenan ASL yang sebenar. Pada masa itulah, BIM diwujudkan secara spontan.
SEE (Sign Exact English - Berisyarat Mengikut Tatabahasa Bahasa Inggeris)
SEE ini mempunyai persamaan dari segi penggunaan kod dengan KTBM tetapi dalam bahasa yang dilisankan adalah berlainan.
BM (Bahasa Melayu - Malay Language)
Untuk menguasai Bahasa Melayu, perlulah memperbanyakkan bacaan dan lisan (bagi Orang Pendengaran). KTBM ditekankan oleh Jabatan Pendidikan Khas agar Orang Pekak Malaysia menggunakan KTBM untuk menguasai Bahasa Melayu. Bukan sahaja KTBM tidak memberi kesan yang baik tetapi juga merosakkan pemahaman Orang Pekak Malaysia dalam tatabahasa Bahasa Melayu. Ini kerana KTBM dan lisan memberi kesan tidak sama. Bagi penggunaan KTBM, Orang Pekak Malaysia sukar melihat maksud dan gambaran sehingga tidak menarik lagi kerana KTBM digunakan tanpa bahasa badan dan mimik. Manakala lisan itu memberi kesan yang pelbagai kepada Orang Pendengaran kerana lisan menggunakan latar suara yang berlainan dapat memberi gambaran dan maksud kepada Orang Pendengaran. Cara Orang Pekak membaca Bahasa Melayu secara tulisan tidak sama dengan cara membaca BIM secara visual. Oleh sedemikianlah, mana-mana bahasa isyarat tidak menjamin kejayaan menguasai Bahasa Melayu. Bagi pelajaran Bahasa Melayu, BIM bertindak sebagai satu komunikasi untuk memudahkan pengajaran dan meningkatkan intelektual. Tetapi, apabila Orang Pekak berkomunikasi di luar pelajaran Bahasa Melayu, BIM bertindak sebagai bahasa ibunda bagi Orang Pekak Malaysia.
BI (Bahasa Inggeris - English)
Cara untuk menguasai Bahasa Inggeris masih sama iaitu memperbanyakkan bacaan dan lisan (bagi Orang Pendengaran).

BAHASA ISYARAT ASAS
BAHASA ISYARAT HURUF
BAHASA ISYARAT ANGKA